A World Without Insurance

Wednesday, July 21, 2010

Slm.

Masa saya tgh google , saya terbaca satu artikel yang menarik 'A World Without Insurance' utk dikongsi dengan pembaca semua. Tq for your time.

Ini adalah link untuk artikel tersebut http://tutor2u.net/blog/index.php/economics/comments/a-world-without-insurance/

PRUlady

Wednesday, June 16, 2010



PRUlady......khas untuk wanita dari Prudential


Dengan PRUlady, anda tidak perlu bimbang hanya kerana anda seorang wanita


>> PELAN YANG UNIK UNTUK KEPERLUAN YANG UNIK


Sebagai wanita moden, dalam mengharungi berlainan fasa kehidupan, anda tentu mempunyai pelbagai impian dan cita-cita. Membina kerjaya. Berkahwin. Mempunyai keluarga. Menghantar anak ke universiti. Merancang persaraan.


Anda juga memepunyai pelbagai keperluan. Keperluan yang unik bagi wanita.


Anda peka kepada penyakit-penyakit wanita yang dihidapi oleh ramai wanita di sekeliling anda. Sewaktu hamil dan bersalin, tentunya perhatian anda tertumpu kepada anak anda. Dalam perhubungan, dan dalam kerjaya, anda juga berhadapan dengan situasi yang berbeza sebagai seorang wanita.


Di Prudential, kami mendengar dan memahami keperluan anda. Itulah sebabnya kami tampil dengan PRUlady, suatu polisi yang direka khas untuk wanita, tidak seperti kebanyakan pelan insurans lain yang memberi perlindungan yang sama terhadap lelaki dan wanita.


Dengan PRUlady , anda berupaya menjaga diri anda dengan digniti, tanpa perlu membebankan orang lain.


>>> PRULADY MEMBANTU MENGATASI KEBIMBANGAN ANDA SEBAGAI SEORANG WANITA


PRUlady ialah suatu polisi insurans hayat yang direka untuk memenuhi keperluan anda dalam menghadapi pelbagai peringkat kehidupan sebagai seorang wanita. Pelan ini melindungi anda dengan pelbagai cara.



  • Premium dan manfaat terjamin

  • Membayar manfaat untuk peringkat kehidupan seperti perkahwinan, kelahiran anak, dan banyak lagi.

  • Melindungi penyakit-penyakit wanita yang tidak dilindungi oleh pelan penyakit kritikal.

  • Membayar manfaat untuk penyakit kanser wanita, walaupun anda menerima bayaran daripada pelan penyakit kritikal .

  • Melindungi komplikasi kehamilan dan kelahiran bayi yang mempunyai penyakit kongenital, sesuatu yang tidak dilindungi oleh kebanyakan pelan perubatan yang lain.

  • Membayar balik kos menjalani pembedahan plastik kerana muka disebabkan oleh kemalangan, dan pemindahan kulit kerana kebakaran dan kanser.

  • Menyediakan bayaran tunai sekaligus sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal untuk meringankan beban kewangan anda.

  • Membayar manfaat sekaligus kepada tanggungan anda apabila kematian.

  • Paling istimewa ialah, pada tarikh tamat tempoh polisi, kami akan MEMULANGKAN semua premium yang sudah dibayar ditolak tuntutan yang dibuat. Anda akan mendapat semula SEMUA wang anda jika anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan.


Sebarang pertanyaan atau untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi saya MOHD AKRAM (016-9011544) atau emel kan pertanyaan anda ke mohdakramchehamat@yahoo.com

Funny But Its True ( Insurance agent's life)

Friday, June 11, 2010

Just bring something forward.....let us think ;)

Penyakit Jantung Mula Menyerang Orang Muda




Penyakit Jantung Mula Menyerang Golongan Muda

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Jika dahulu, penyakit jantung sinonim dengan golongan berusia, tetapi kini ia mula menyerang golongan muda berusia di bawah 40 tahun kesan daripada corak pemakanan dan gaya hidup tidak sihat yang diamalkan mereka.

Ketua Unit Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Madya Dr Oteh Maskon berkata kegilaan golongan itu terhadap teh tarik, roti canai, nasi lemak dan merokok, ditambah pula sikap malas bersenam menyebabkan mereka mudah mendapat penyakit jantung.

Beliau berkata dengan gaya hidup seperti itu, golongan berkenaan terdedah kepada risiko obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang menjadi faktor utama menyebabkan penyakit jantung.

Ini terbukti dengan kira-kira lima peratus daripada 450 pesakit yang dimasukkan ke wad di PPUKM dalam tempoh setahun terdiri daripada golongan yang berusia bawah 40 tahun, yang rata-ratanya pada masa sama didiagnosis menghidap darah tinggi dan kencing manis, selain perokok, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Awam bertajuk “Degupan Jantung, Hembusan Nafas, Jangan Biarkan Ianya Berakhir” di PPUKM di sini, pada Jumaat.

Forum yang dirasmikan Pengarah PPUKM yang juga Dekan Fakulti Perubatan UKM Profesor Datuk Dr Lokman Saim itu diadakan sempena Persidangan Tahunan ke-12 Persatuan Torasik dan Kardiovaskular Surgeri Malaysia yang dianjur Pusat Jantung dan Paru-Paru, PPUKM.
Dr Oteh berkata pesakit jantung paling muda yang pernah dirawat di PPUKM berusia 23 tahun yang mempunyai masalah ‘metabolic syndrome’ selain sejarah keturunan.


“Kami juga ada pesakit jantung wanita yang berusia 38 tahun dengan tiga saluran jantungnya tersumbat dan dia juga dikesan ada kencing manis dan ini amat memeranjatkan kita kerana wanita pada usia itu sangat jarang dikesan ada penyakit jantung,” katanya.

Beliau berkata selain corak pemakanan dan gaya hidup, pesakit jantung di kalangan golongan itu juga terdiri daripada mereka yang mewarisinya daripada keluarga dengan kadar tiga daripada 10 pesakit yang mendapat rawatan di hospital itu.

“Oleh itu adalah sangat penting untuk pesakit jantung, bukan sahaja daripada kumpulan ini malah mereka daripada kumpulan berisiko, menjaga pemakanan dan gaya hidup mereka sejak daripada awal lagi.

“Walaupun di mana-mana hospital ada pelbagai rawatan dan ubat yang boleh kita ambil untuk merawat penyakit jantung, langkah yang paling penting ialah pencegahan,” katanya.

Beliau berkata melalui amalan makan secara sihat, tidak merokok dan bersenam selain membuat pemeriksaan perubatan secara berkala boleh membantu seseorang itu mengetahui tahap kesihatan mereka dan rawatan awal boleh diambil jika dikesan mempunyai penyakit itu.

Dr Oteh berkata kira-kira 30 peratus pesakit jantung yang diserang penyakit itu secara tiba-tiba meninggal dunia tanpa sempat diberi rawatan awal dan kebanyakan kes kematian mengejut juga adalah disebabkan penyakit itu.




sumber dari Utusan dan bernama

PRUmy Child

Wednesday, April 21, 2010

Memperkenalkan plan pelindungan terbaru dari PRUDENTIAL

PRU
my Child.



Apa itu PRUmy child?

PRUmy child adalah pelan insurans berkaitan pelaburan premium tetap yang bertujuan memenuhi keperluan pelindungan anda dan anak anda, lantas membolehkan anda merancang dahulu untuk masa depan mereka....hari ini.


Sepintas lalu :

PRUmy child memberikan anda :

1) PERLINDUNGAN LENGKAP untuk setiap peringkat hidup anak anda...SEBELUM LAHIR
LAGI

2) PENINGKATAN pada pelan anak anda dengan pelbagai perlindungan BARU & DIPERLUAS

3) PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA

4) Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN untuk anak anda.



Siapa yang boleh mengambil pelan PRUmy child ?

Anda boleh mengambil pelan ini utk bayi anda yang belum lahir seawal usia kandungan 18 minggu, atau untuk anak anda yang berumur di antara 1- 18 tahun pada hari lahirnya yang berikut. Ibu bapa, yang mestilah berumur di antara 18-60 tahun, memiliki polisi ini dan boleh mengubahsuai polisi ini sebagaimana yang mereka rasa sesuai bagi manfaat anak.


UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI PELAN/AKAUN INI SEPERTI KADAR PREMIUM, MANFAAT DAN LAIN-LAIN, ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA , MOHD AKRAM DITALIAN 016-9011544.

TERIMA KASIH =)

Takziah

Friday, April 2, 2010




Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi di atas pemergian insan tersayang.
Itulah lumrah hidup, setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Amin

PruBSN Takaful

Thursday, April 1, 2010

TAKAFUL SAVER


Takaful Saver merupakan salah satu manfaat tambahan dalam Takafulink atau Takafulink Cerdik. Manfaat ini memberikan pulangan yang tinggi disebabkan sebanyak 95% caruman akan dimasukkan ke bahagian pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencarum lagi. Sebanyak 5% daripada caruman akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan.

Sekiranya anda pemegang sijil Takaful PruBSN sama ada takafulink atau takafulink cerdik, dan ingin memaksimumkan simpanan atau pelaburan manfaat amat sesuai bagi memenuhi keperluan simpanan anda.

ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA AKRAM 016-9011544 ATAU EMAIL KE mohdakram@prupartner UNTUK DAPATKAN PENERANGAN YANG LEBIH LANJUT

TAKAFUL HEALTH / MEDICAL CARD

Medical Card PruBSN Takaful atau TAKAFUL HEATLH CARD adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan. Menawarkan perlindungan bermula dari nilai RM500,000 hingga RM1.5 Juta, sehingga berumur 70 Tahun. Ia juga menawarkan pilihan tiada had tahunan untuk penggunaan nilai kad.

Antara kelebihan TAKAFUL HEALTH CARD adalah seperti berikut :

  • Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 70 tahun yang tinggi
  • Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
  • Perlindungan 24 jam diseluruh dunia (SOS International)
  • Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 50 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
  • Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
  • Penjagaan jururawat di rumah
  • Pembedahan balik hari (Day Surgery)
  • Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
  • Rawatan Dialisis buah pinggang
  • Rawatan Kanser
  • Jaminan pembaharuan sehingga umur 70 tahun
  • Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
  • Dan banyak lagi......

Sila lihat jadual dibawah untuk senarai manfaat TAKAFUL HEALTH CARD.

Untuk penerangan lanjut , anda boleh hubungi saya , Akram ditalian 016-9011544 atau email mohdakram@prupartner.com.my


TAKAFULINK CERDIK

Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.

Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.

Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka. Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....

Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

Apa Dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

  1. Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
    • Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

      Umur pada tarikh akan datang

      1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
      2 Tahun : 49%
      3 Tahun : 60%
      4 Tahun : 80%
      5 Tahun dan ke atas : 100%

      Sebab kematian terdiri kematian biasa
  2. 36 Jenis Penyakit Kritikal
    • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
    • Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
    • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
  3. Kemalangan (Mati atau Lumpuh)
    • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
    • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
    • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
    • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
    • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
    • Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.
  4. Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)
    • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
    • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
    • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
  5. Elaun Hospital
    • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
    • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
    • Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
    • Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.
  6. Elaun ICU
    • Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.
  7. Elaun Bedah
    • Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.
  8. Elaun Lumpuh
    • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)
  9. Khairat Kematian
    • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut
  10. Premium Percuma
    • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya
      • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
      • Pembayar meninggal dunia
      • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
      • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
    • Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.
  11. Pulangan Pelaburan
    • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
    • Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 1,000.
    • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
    • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

TAKAFUL PUTERI

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu RM50,000, RM100,000 atau RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan:

* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
* Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


Manfaat Penjagaan Wanita

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
Kanser berkaitan wanita

* Kanser payudara atau
* Kanser Uterus Serviks atau
* Kanser Tiub Falapio atau
* Kanser Ovari atau
* Kanser Uterus atau
* Kanser Vagina/Vulva

Atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

* Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
* Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
* Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
* Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


Manfaat Penjagaan Ibu

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan

* Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
* Kehamilan Ektopik atau
* Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
* Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
* Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.
Penyakit-penyakit Kongential Bayi

* Sindrom Down atau
* Kecacatan Vetrikel Septum atau
* Kecacatan Atrium Septum atau
* Spina Bifida atau
* Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

PENCAPAIAN

Wednesday, March 17, 2010



KONSEP TAKAFUL

Sunday, March 14, 2010

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

CIRI - CIRI TAKAFUL

circle12_gray.gif Sistem Islam

circle12_gray.gif Sumbangan At-Tabarru'at

circle12_gray.gif Pelaburan halal

circle12_gray.gif Majlis Pengawasan Syariah

circle12_gray.gif Tiada unsur riba

circle12_gray.gif Tiada unsur maisir (Judi)

circle12_gray.gif Tiada unsur gharar (Tidak jelas)

circle12_gray.gif Al-mudharabah (Perkonsian untung)

FEEDJIT Live Traffic Feed