TAKAFUL PUTERI

Thursday, April 1, 2010

Manfaat Takaful Puteri merupakan manfaat rider (perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu RM50,000, RM100,000 atau RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan:

* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita

Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

* Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
* Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)


Manfaat Penjagaan Wanita

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.
Kanser berkaitan wanita

* Kanser payudara atau
* Kanser Uterus Serviks atau
* Kanser Tiub Falapio atau
* Kanser Ovari atau
* Kanser Uterus atau
* Kanser Vagina/Vulva

Atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

* Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
* Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
* Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
* Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


Manfaat Penjagaan Ibu

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar
Komplikasi Kehamilan

* Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
* Kehamilan Ektopik atau
* Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
* Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
* Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.
Penyakit-penyakit Kongential Bayi

* Sindrom Down atau
* Kecacatan Vetrikel Septum atau
* Kecacatan Atrium Septum atau
* Spina Bifida atau
* Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota : Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

0 comments:

Post a Comment

FEEDJIT Live Traffic Feed